Wednesday, November 20, 2013

Bilik Latihan / Mesyuarat / Seminar untuk Disewa di PJ

Alamat kami:

Persatuan Penggiat Pidato / ProSkills Trainers
6-3 (tingkat 2), Jalan PJS 8/4,
Sunway Mentari,
46000 Petaling Jaya
(bertentangan Sunway Pyramid seberang NPE)

Kadar sewa:


Sehari penuh (8 jam)
RM 320

Separuh hari (4 jam)
RM 200

Pakej sewa ini termasuk:
1. Layar projektor
2. Pembesar suara (speakers)
3. Papan putih dengan marker
4. Carta selak (sila bawa kertas sendiri)
5. Rostrum (tabletop)
6. Air minum (air panas & sejuk dari dispenser)
7. WiFi

Kemudahan yang lain termasuk:
1. Ruang istirehat/makan (anda boleh membawa kudapan / makanan ringan untuk peserta)
2. 2 tandas (lelaki & wanita)
3. Surau
4. Kawasan VIP untuk pengelola atau tenaga pengajar berehat (kawasan tertutup siap dengan sofa bed, meja, TV dll.)

Anda boleh menambah perkhidmatan berikut:
1. Projektor - RM 50 sehari, RM 30 separuh hari
2. Katering sendiri - RM 50 sehari untuk kos pembersihan
3. Kami mengatur katering - RM 50 pembersihan + RM 50 perkhidmatan + bajet makanan anda

Kenapa memilih kami:

1. Lokasi yang strategik - terletak di persimpangan Lebuh Raya Persekutuan dan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), tambahan pula Stesyen Mentari (BRT Laluan Sunway) terletak sangat dekat dengan tempat kami (Stesyen Mentari ini hanya satu stesyen dari Stesyen Setia Jaya KTM Komuter)
2. Buka sepanjang masa termasuk waktu malam, hujung minggu dan cuti am
3. Kadar sewa yang berpatutan dan perkhidmatan tambahan
4. Susunan kerusi meja mengikut keperluan
5. Banyak hotel, restoran dan kedai berdekatan
6. Banyak petak meletak kereta pada waktu siang dan kawasan ini agak sibuk pada waktu malam bererti selamat ketika masuk dan keluar

Ini risalahnya (klik untuk baca):

Siapakah kami? Sila layari:

Kelab Pidato Perdana (dikendalikan oleh Persatuan Penggiat Pidato)
ProSkills Trainers
Epic Training Sdn. Bhd.